Thursday, March 17, 2011

4. BOM AKUSTIK



Anda pernah mendengar mengenai berita tawanan kapal Maersk Alabama sebelum ini yang menjadi berita utama dunia. Beberapa orang penembak tepat dan tentera laut diperlukan dalam misi menyelamat tersebut. Risiko dalam operasi seperti itu memang agak tinggi dan berkemungkinan menyebabkan kematian sama ada pihak tebusan, lanun tersebut ataupun pihak tentera itu sendiri. Bagi mengurangkan risiko menjadi tahanan lanun, kapal-kapal seperti itu kini dilengkapi dengan bom akustik iaitu sejenis alat yang mengeluarkan bunyi bising mengandungi tahap desibel yang mencukupi untuk membuatkan seseorang itu pekak secara kekal malah boleh menyebabkan hilang penglihatan. Ia bukanlah teknologi atau senjata baru kerana pernah digunakan untuk operasi di Iraq. Senjata ini dinamakan sebagai Long Range Acoustic Device atau LRAD dan akan dipasangkan pada kapal-kapal persiaran mewah dan kapal perdagangan

No comments:

Post a Comment