Thursday, May 24, 2018

PHOTOBOOTH SERENDAH RM150 SAHAJA

Assalamualaikum slmt tahun baru semua ☺️☺️☺️
Majlis dah dekat?? 😱😱😱😱
Xsempat Nak pikir mcm mne nak hias ruang photobooh???x sempat nak buat sendiri props2..masa dah suntuk 😫
Bila xde photobooth x meriah kan nk bergambar dgn kwn2 dan tetamu...
Jgn risau...xpyh pening kepala...akak blh tlg.. 🙂
Sewa photobooth termsuk decoration
Pakej terendah hanya RM150 sahaja
Tidak termasuk caj transport
🚙Yang booking awal diutamakan 🙂
hanya KL,SELANGOR & PUTRAJAYA sahaja
Photobooth sesuai untuk :
👉🏻Majlis Perkahwinan
👉🏻 Majlis Pertunangan
👉🏻 Majlis akikah
👉🏻 Majlis Jamuan Makan Malam / Hi tea
👉🏻 Majlis Graduasi
👉🏻 Majlis Rumah Terbuka
👉🏻 Majlis Persaraan
👉🏻Majlis Hari Jadi
👉🏻 Dan lain2.....
berminat direct whtsppp kami yewww
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
WALK IN ke kedai kami di alamat berikut
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
LOT 2802-K 3-2 kedai tingkat Atas
Kg Changkat simpang tiga gombak
53100 kuala lumpur.


















Thursday, March 31, 2011

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Roda Putar

Bahan bantu mengajar ini boleh digunakan semasa di dalam kelas. Dengan kata lain, bahan ini boleh dibuat pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan bahan elektronik dan dapat menjimatkan kos. selain itu, bahan ini juga dapat menguji minda pelajar untuk belajar dengan cara yang seronok dan secara berkumpulan. Selain itu, roda ini juga akan membuatkan pelajar lebih mudah mengingati apa yang dipersoalkan oleh guru.

Tajuk : Kecelaruan Autisme

“Secara umunya, autisme dilihat sebagai satu kecacatan perkembangan dengan mempunyai ciri-ciri abnormal dalam beberapa aspek seperti aspek kemahiran berkomunikasi, perhubungan sosial, fungsi kognitif, proses sensori dan juga tingkah lakunya. Menurut DSM-IV iaitu satu manual dianogsis yang digunakan untuk mengklasifikasikan kecacatan, kecelaruan autisme adalah satu sub-topik yang digolongkan di bawah Pervasive Developmental Disorder (PDD). DSM-IV mengenalpasti dianogsis kecelaruan autisme apabila seseorang menunjukkan 6 atau lebih daripada 12 simptom yang disenaraikan dalam lingkungan tiga aspek utama: perhubungan sosial, komunikasi dan tingkah laku. Sekiranya seorang kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang sama tetapi tidak memenuhi kriteria kecelaruan autisme tersebut, mereka akan digolongkan dalam pervasive Developmental Disorder (PDD) (Nvid, Rathus,& Greene , 1994)”