Thursday, March 31, 2011

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Roda Putar

Bahan bantu mengajar ini boleh digunakan semasa di dalam kelas. Dengan kata lain, bahan ini boleh dibuat pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan bahan elektronik dan dapat menjimatkan kos. selain itu, bahan ini juga dapat menguji minda pelajar untuk belajar dengan cara yang seronok dan secara berkumpulan. Selain itu, roda ini juga akan membuatkan pelajar lebih mudah mengingati apa yang dipersoalkan oleh guru.

Tajuk : Kecelaruan Autisme

“Secara umunya, autisme dilihat sebagai satu kecacatan perkembangan dengan mempunyai ciri-ciri abnormal dalam beberapa aspek seperti aspek kemahiran berkomunikasi, perhubungan sosial, fungsi kognitif, proses sensori dan juga tingkah lakunya. Menurut DSM-IV iaitu satu manual dianogsis yang digunakan untuk mengklasifikasikan kecacatan, kecelaruan autisme adalah satu sub-topik yang digolongkan di bawah Pervasive Developmental Disorder (PDD). DSM-IV mengenalpasti dianogsis kecelaruan autisme apabila seseorang menunjukkan 6 atau lebih daripada 12 simptom yang disenaraikan dalam lingkungan tiga aspek utama: perhubungan sosial, komunikasi dan tingkah laku. Sekiranya seorang kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang sama tetapi tidak memenuhi kriteria kecelaruan autisme tersebut, mereka akan digolongkan dalam pervasive Developmental Disorder (PDD) (Nvid, Rathus,& Greene , 1994)”

Kerusi Roda Baru

Kerusi roda ini telah banyak digunakan di Jepun kerana mereka telah mengeluarkan alat tersebut. Dengan kata lain, alat ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kurang upaya semasa hendak berjalan. Selain itu, dengan adanya alat ini juga golongan emas juga dapat menggunakan alat ini kerana hanya memerlukan tekan butang untuk mengerakkannya.

Alat Untuk Menbantu Orang Kurang Upaya Berjalan

Alat ini banyak membantu orang yang lemah dari segi pergerakan kaki. Dengan adanya alat ini telah sedikit sebanyak membantu orang ramai untuk berjalan dengan lebih baik.Selain itu, alat ini membantu orang yang sukar untuk melakukan pergerakan kaki. Dengan adanya alat ini orang kurang upaya dapat berjalan dengan baik kerana alat ini sedikit sebanyak membantu.

Alat Bantuan Berjalan

Alat bantuan ini sesuai digunakan untuk membantu pergerakan orang ramai. Dengan adanya alat manusia manusia atau orang ramai sama ada orang kurang upaya dapat berjalan seperti biasa kerana mereka disokong oleh alat tersebut. Selain itu, alat ini sangat banyak membantu golongan orang kurang upaya dan biasanaya digunakan oleh orang yang tidak dapat berjalan dengan baik.

Alat Untuk Berjalan (Robot)

Alat untuk berjalan ini banyak digunakan di negara Jepun. Dengan kata lain, alat ini sesuai digunakan untuk mengankat barangan yang berat kerana dibantu oleh teknologi robot. Selain itu, alat ini juga sesuai digunakan untuk manusia bekerja lebih lama untuk mengankat barang. Tenaga manusia hanya diperlukan sedikit berbanding dengan tidak memakai teknologi robot ini.

Kereta Canggih

Kerata ini merupakan kereta yang akan digunakan pada masa hadapan. kelebihan kereta ini ialah sangat laju berbanding dengan kereta lain. selain itu, kereta ini juga mengurangkan gangguan bunyi bising dan sesuai digunakan di bandar-bandar besar. Walaubagaimanapun kereta ini sangat kecil dan tidak boleh membawa penumpang yang ramai.

Kerusi Roda Canggih

Kerusi Roda ini digunakan untuk orang yang mengalami masalah untuk berjalan atau orang kurang upaya. Dengan adanya kerusi roda ini mereka akan dapat pergi ke mana sahaja dengan alat bantuan tersebut. Selain itu, kerusi roda ini sangat sesuai digunakan kerana memenuhi kriteria dan mudah bergerak kerana tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengerakkanya. Walaubagaimanapun kerusi roda ini amat diperlukan kerana orang kurang upaya juga ingin hidup seperti insan yang lain.

Permainan Yang Canggih

Permainan ini adalah sangat canggih kerana seseorang itu ketika bermain seperti di alam realiti sedangkan perkara itu hanyalah di dalam video permainan. Dengan kata lain, permainan ini hanya memerlukan pergerakan tangan dan alatan di dalam permainan itu turut mengikuti seperti pergerakan tangan kita. Permainan ini agak mahal sedikit berbanding dengan permainan biasa kerana teknologinya yang canggih.

Telefon Pelbagai Guna

Telefon ini dapat digunakan oleh orang ramai kerana fungsinya sangat cangih sesuai dengan teknologi semasa. Dengan kata lain, terdapat pelbagai perisian di dalam telefon ini yang dapat memudahkan manusia dan menjadi pelengkap kepada manusia. Walaupun begitu, harga telefon ini sangat tinggi dan biasanya hanya dijual di negara maju.

Koklea Implant Di Dalam Telinga

Koklea implant adalah sejenis alat yang digunakan oleh manusia untuk membantu manusia mengatasi masalah pendengaran. Dengan kata lain, dengan adanya alat ini orang ramai yang mengalami masalah pendegaran akan dibantu dan mendapat pendegaran seperi orang lain.

Telefon Untuk Orang Masalah Penglihatan

Thursday, March 17, 2011

1. MESIN JAHIT CANGGIH


LCD di mesin jahit pribadi,. Syarikat elektronik Brother mengeluarkan mesin jahit tipe Brother Quattro 6000D. Bukan mesin jahit atau mesin obras manual biasa, Brother Quattro 6000D mengunakan teknologi LCD muntuk menampilkan motif kain yang akan dijahit.
Brother Quattro 6000D memiliki layar 4.5 x 7 inch dari Sharp HD LCD. Brother mengunakan teknologi InnovEye dan Up-Close viewer dengan menempatkan camera berdekatan dengan jarum jahit. Sehingga hasil jahitan akan tampil pada layar LCD dan pengukuran jahitan lebih persis. Penguna Brother Quattro 6000D dapat dihubungkan dengan USB untuk menampilkan gambar ke LCD monitor.
2. BUKU ELEKTRONIK ISLAMIK


Cukup membanggakan apabila syarikat tersebut, Enmac Technology (M) Sdn. Bhd. berjaya merintis e-book berwarna ketika syarikat-syarikat lain hanya mampu menghasilkan e-book hitam putih. Lebih istimewa apabila e-book keluaran syarikat Enmac bersifat islamik. Ia mengandungi kitab al-Quran dan terjemahannya dalam 24 bahasa, koleksi lengkap tafsir, hadis dan kitab rujukan Islam, fungsi mudah mencari ayat al-Quran, panduan haji dan umrah, waktu-waktu solat mengikut 10,000 lokasi yang telah diprogramkan, seruan azan, penentu arah kiblat serta panduan haji dan umrah. Selebihnya, anda boleh memuat turun apa jua bahan bacaan PDF yang anda kehendaki ke dalam e-book itu untuk anda simpan di dalamnya.Bayangkan berapa banyak kitab, buku dan aplikasi yang boleh anda peroleh hanya dalam satu e-book yang cuma senipis satu sentimeter! "Menggunakan memori kad SD dua gigabait, ia boleh dinaik taraf sehingga lapan gigabait. Bermakna, ia boleh memuatkan 50 buah buku. Mendakwa e-book e-Alim model EL1000 itu sebagai buku elektronik Islamik pertama dunia dan e-book berwarna pertama di dunia. EL1000 mempunyai skrin warna LCD bersaiz 7 inci. Ia bukan sahaja menawarkan paparan bacaan, sebaliknya ia juga menyimpan fail audio dan video di dalamnya. Bukan sekadar anda boleh membaca al-Quran, bahkan anda juga boleh mendengar bacaan al-Quran daripada pilihan enam orang qari al-Quran terkenal.
3. RODEM, KERUSI RODA GENERASI DATANG


Sekumpulan ahli penyelidik daripada Pusat Kajian dan Pembangunan Teknologi Robotik Veda di Jepun telah mencipta sebuah kerusi roda untuk golongan tua.Teknologi tersebut membolehkan golongan sasaran tersebut untuk naik dan turun daripada kenderaan yang dinamakan Rodem itu tanpa bantuan daripada sesiapa dan memberikan mereka kebebasan untuk bergerak. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti GPS, kendalian kawalan mengelak automatik, pembetulan cerun automatik dan pengenalan suara. Ia dikendalikan melalui akselerater joystick dan mampu bergerak selaju sehingga 6 kilometer per jam. Veda Robot Antarabangsa R & D bercadang menghasilkan secara besar-besaran untuk dipasarkan dengan harga 500,000 hingga 700,000 yen, atau $ 5,300 untuk $ 7.500 seunit.
4. BOM AKUSTIK



Anda pernah mendengar mengenai berita tawanan kapal Maersk Alabama sebelum ini yang menjadi berita utama dunia. Beberapa orang penembak tepat dan tentera laut diperlukan dalam misi menyelamat tersebut. Risiko dalam operasi seperti itu memang agak tinggi dan berkemungkinan menyebabkan kematian sama ada pihak tebusan, lanun tersebut ataupun pihak tentera itu sendiri. Bagi mengurangkan risiko menjadi tahanan lanun, kapal-kapal seperti itu kini dilengkapi dengan bom akustik iaitu sejenis alat yang mengeluarkan bunyi bising mengandungi tahap desibel yang mencukupi untuk membuatkan seseorang itu pekak secara kekal malah boleh menyebabkan hilang penglihatan. Ia bukanlah teknologi atau senjata baru kerana pernah digunakan untuk operasi di Iraq. Senjata ini dinamakan sebagai Long Range Acoustic Device atau LRAD dan akan dipasangkan pada kapal-kapal persiaran mewah dan kapal perdagangan
5. KOLAR UDARA GANTI TOPI KELEDAR



GAMBAR menunjukkan kolar udara mengembang di bahagian kepala satu patung dalam ujian yang diadakan di Sweden oleh syarikat Hvvding.

STOCKHOLM - Dua pelajar reka cipta di Sweden menghasilkan perlindungan kepala alternatif untuk penunggang basikal dan motosikal yang tidak suka memakai topi keledar, lapor sebuah akhbar semalam. Perlindungan kepala itu dikenali sebagai topi keledar Hvvding yang merupakan kolar udara yang mengembang dalam masa 0.1 saat sekali gus melindungi kepala dan leher seseorang penunggang semasa kemalangan. Kolar udara itu yang dipakai pada bahagian leher penunggang, mengambil masa enam tahun untuk dicipta. Ia mengandungi beg udara yang dilipat rapi dan akan mengembang apabila sensor di dalamnya mengesan goncangan kuat atau lambungan. Sebuah silinder kecil gas helium kemudian mengepam kolar tersebut dalam masa cuma 0.1 saat. Seorang perekanya, Anna Haupt berkata, syarikat Hvvding merancang memasarkan rekaan itu ke Eropah Utara dan Britain pada awal tahun depan pada harga sekitar £260 (RM1,272) sebuah.
6. Bateri Gula Sumber Tenaga Baru Pada Masa Hadapan.


Jangan hairan jika pada masa hadapan ( mungkin tidak lama lagi ), orang akan melakukan pengecas bateri dengan menggunakan air yang mengandungi karbonat kerana di dalamnya air tersebut mempunyai gula yang mencukupi untuk mengecas balik tenaga yang hilang. Hal ini disebabkan minuman berkarbonat mengandungi asid yang tinggi untuk menghasilkan tenaga. Dengan kata lain, gula adalah sumber tenaga lain yang terdapat di dunia ini hasil daripada tanaman atau tumbuh sendiri. Selain itu, bateri yang mengandungi gula juga merupakan sel bahan bakar yang baik untuk digunakan. Bateri gula memerlukan enzin pencerna untuk menghasilkan tenaga.
7. Baju Robot yang Berkekuatan Super.


Robot di atas merupakan satu daripada ciptaan manusia di dunia ini. Robot ini diciptakan di negara Jepun yang mempunyai teknologi yang tinggi yang berkaitan dengan elektronik. Pada saat perubahan dari manusia biasa ke manusia super terdapat semacam jubah atau baju super yang sangat hebat yang telah dicipakan oleh manusia untu kegunaan manusia sendiri. Begitu juga robot ini, baju ini dapat melindungi badan manusia daripada kecerderaan fizikal. Antara kegunaan baju robot ini adalah untuk membantu pekerja mengankat barang yang berat. Selain itu, baju robot ini juga membantu manusia yang lemah untuk berjalan. Baju robot ini dihasilkan di Jepun dan beratnya sebanyak 15 kilogram. Dengan baju ini juga manusia mampu mengankatnya sebanyak 100 kilogram.
8. Pesawat Terbang Personal Dengan Motor Listrik.


Pesawat terbang personal berikut ini merupakan pesawat terbang yang mempunyai tenaga motor listrik yang hebat. Biasanya pesawat terbang ini memakai mesin roket atau jet untuk bergerak ke tempat-tempat yang tertentu. Selain itu, pesawat ini juga mempunyai enjin yang senyap berbanding dengan pesawat lain di dunia ini. Antara kelebihan lain yang terdapat pada pesawat ini ialah boleh bergerak dengan pantas dan mencapai 240 KM hingga 320KM sejam berbanding dengan peswat lain. Ketinggian pada pesawat ini ialah 9 kolimeter dengan tenaga listrik dari bateri fosfat litium yang boleh diisi dengan minyak.
9. Kapal atau Taman Terapung Peduli Lingkungan.



Taman terapung yang berupa kapal berbentuk ikan paus ini akan menyusuri sungai-sungai di Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah untuk membersihkan sungai-sungai yang tercemar di situ dengan menggunakan kaedah yang cepat. Bahagian luar kapal ini dilindungi dengan titanium dioksida yang mempunyai sinar ultra ungu violet dari matahari untuk membersihkan air dari sampah sarah di dalam air.

Wednesday, March 16, 2011

10. Teknologi Terbaru Mouse.


Microsoft akan segera meluncurkan mouse terbarunya pada tanggal 9 September nanti. Mouse ini akan menggunakan teknologi terbaru, yang disebut Blue Track. Teknologi ini kelak akan menggantikan mouse laser maupun optical. Teknologi ini memakai led biru yang dikombinasikan dengan lensa wide-angle. LED Biru ini membuat mouse ini terlihat lebih menawan. Teknologi Blue Track ini mempunyai kemampuan tracking yang lebih baik daripada mouse laser dan mouse optical biasa pada permukaan yang tidak bisa dipakai pada mouse laser.