Thursday, March 17, 2011

2. BUKU ELEKTRONIK ISLAMIK


Cukup membanggakan apabila syarikat tersebut, Enmac Technology (M) Sdn. Bhd. berjaya merintis e-book berwarna ketika syarikat-syarikat lain hanya mampu menghasilkan e-book hitam putih. Lebih istimewa apabila e-book keluaran syarikat Enmac bersifat islamik. Ia mengandungi kitab al-Quran dan terjemahannya dalam 24 bahasa, koleksi lengkap tafsir, hadis dan kitab rujukan Islam, fungsi mudah mencari ayat al-Quran, panduan haji dan umrah, waktu-waktu solat mengikut 10,000 lokasi yang telah diprogramkan, seruan azan, penentu arah kiblat serta panduan haji dan umrah. Selebihnya, anda boleh memuat turun apa jua bahan bacaan PDF yang anda kehendaki ke dalam e-book itu untuk anda simpan di dalamnya.Bayangkan berapa banyak kitab, buku dan aplikasi yang boleh anda peroleh hanya dalam satu e-book yang cuma senipis satu sentimeter! "Menggunakan memori kad SD dua gigabait, ia boleh dinaik taraf sehingga lapan gigabait. Bermakna, ia boleh memuatkan 50 buah buku. Mendakwa e-book e-Alim model EL1000 itu sebagai buku elektronik Islamik pertama dunia dan e-book berwarna pertama di dunia. EL1000 mempunyai skrin warna LCD bersaiz 7 inci. Ia bukan sahaja menawarkan paparan bacaan, sebaliknya ia juga menyimpan fail audio dan video di dalamnya. Bukan sekadar anda boleh membaca al-Quran, bahkan anda juga boleh mendengar bacaan al-Quran daripada pilihan enam orang qari al-Quran terkenal.

No comments:

Post a Comment